Tuesday 19 July 2011

Rempitan:Wanita Malaysia di tangga ke16 dunia golongan tertekan...


Pagi tadi semasa on the way ke pejabat  sempat  aku mendengar  radio panas HotFm  membincangkan  isu wanita di Negara kita yang  mengalami tekanan  perasaan   dan sekarang  wanita Malaysia berada dalam kedudukan ke 16 di belakang wanita Thailand manakala Wanita India menduduki tangga teratas  adalah golongan yang paling tertekan di dunia.
Ini cerita seorang pendengar setia radio HotFM,Yati  memberitahu tekanan perasaan berpunca daripada hati. Hati tidak manpu mengawal tekanan dan memikirkan benda remeh yang tak sepatutnya dia fikir,jangan fikir benda yang  tak  manpu kita lakukan yang tak ada pada diri sendiri seperti mana orang lain ada. Contohnya kenapa dia pakai pakaian tu  cantik sedangakan aku pakai biasa je?katanya…

Banyak pendengar memberitahu punca tekanan  perasaan  bermula daripada kerja,cinta tak kesampaian, pakaian , alat-alat solek, kosmetik, jerawat pada muka ,badan cepat berbau, kegemukan, kurus  dan jualan murah macam Megasale pun turut menyebabkan tekanan perasaan pada wanita. Selain itu wanita yang sudah berumah tangga  menpunyai tekanan perasaan di sebabkan  dari suami.Contohnya kes penderaan,anak-anak  dan penceraiaan. 
Aku harap  wanita kenalah selalu bertenang  terutama wanita islam banyakkan berdoa pada Allah SWT  dan memohon pertolongan dariNya menghindari daripada  tekanan perasaan .

No comments: