Monday 18 July 2011

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo selamat dikebumikan...

KUALA LUMPUR : Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ghazali, yang meninggal dunia semalam akibat penyakit kanser, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini, hari ini.

Allahyarhamah, 54 dikebumikan kira-kira 11 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Al-Akram Datuk Keramat pada 10.30 pagi yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita UMNO.

No comments: