Wednesday 20 July 2011

Rempitan2: Meninggal selepas bersama dengan Orang Bunian

Kejadian ni telah berlaku di Negeri Sembilan...Cerita ni aku dengar dari kawan aku  orang Kuala Pilah yang pernah menguruskan Jenazah Arwah ni…Kawan aku ni dapat tahu  daripada  ibu arwah sendiri apabila ketika itu  ibunya menanyakan ustaz  apabila sesudah selesai memandikan jenazah pada ketika itu…ibu arwah pun menceritakan saat-saat terakhir  berlaku pada arwah sebelum  meninggal .
Nama Arwah tak berapa ingat…tapi arwah masa tu umur nya dalam lingkungan 25 tahun…tak silap aku nama kampong manggis kat kuala Pilah… Sebelum ini pun ,Arwah memang  suka bercakap sendirian tetapi  ibunya mengesyaki ada seseorang menemaninya setiap masa. Ibunya juga pernah sekali terserempak dengan seorang gadis  cantik dan tak pernah melihat sebelum ini di kampung  tersebut.
Sebelum arwah meninggal , ibunya sempat mengenguk  anaknya di dalam bilik lalu  kelihatan anaknya tidur dengan gaya-gaya seperti sedang bersenggama bersama seorang  isteri dan hari dia meninggal dunia arwah ada meninggalkan kesan air maninya di atas Katil. Dari situlah ibu menanyakan ustaz Perlukah arwah mandi hadas besar kerana dia meninggalkan air mani selepas dia meninggal ??…Ustaz kata.. tak perlu kerana kita dah memandikan jenazah…Selepas itu , Jenazah arwah telah dikebumikan dengan selamat  dan kita  berdoa supaya arwah berada dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah…
Kawan aku pun tak terkata apa Cuma  dapat   pengetahuan baru bahawa wujudnya orang bunian… Pada saya, makhluk ini wujud, ia tergolong dalam makhluk halus dalam golongan jin islam. Mereka tidak menpunyai jasad  seperti manusia, Allah jadikan Bunian daripada api. Waalahu a'lam.

No comments: