Thursday 14 July 2011

Rempitan:penembak baham harimau

Seluruh rakyat Malaysia pun dah tahu  Malaysia kalah 0-4 kepada Arsenal di dalam perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam, Walaupun pemain kita hanya mengigit jari selepas perlawanan tetapi  bagi saya pemain Negara telah merasai pengalaman baru bermain dengan pasukan Top 5 Liga English dan salah satu pasukan gergasi di England.
Dalam  radio sensasi Hot FM harini telah berHOT CHATkan   punca-punca  kekalahan Malaysia dengan pasukan Arsenal. Menurut beberapa  pendengar setia radio Hot Fm memberitahu Skuad Harimau kalah di tangan Arsenal adalah kerana  kebanyakan penonton memakai pakaian Arsenal serba merah. Kedengaran juga  sorakan BOO..dari Penyokong Malaysia sendiri pada pemain Negara.

Apa yang membimbangkan saya sekarang di mana perginya semangat Patriotik dari rakyat Malaysia. ? kita jangan lupa di mana kita berpijak di situlah tempak lahir kita. Saya ada terdengar perdana menteri  cakap  yang paling bermakna adalah apa yang kita tanam dalam hati dan jiwa kita tanpa mengira apa keturunan dan agama.

  
gambar di ambil oleh sharinginfozblogspot.com
Kebanyakkan rakyat Malaysia memakai baju Jersi Arsenal...Di mana penyokong Harimau malaya???

 Stadium Nasional dibanjiri oleh penyokong-penyokong  Fanatik  Arsenal.

 Penyokong malaysia  macam malu nak pakai baju skuad Harimau Malaya. Yang nampak baju merah je...

No comments: