Sila berhenti Pemerikaan Polis...aku pun dengan slamba berhentikan kenderaan untuk memberi polis membuat pemeriksaan.
Seperti biasa Polis akan minta IC,lesen dan cukai jalan. Alamak...alangkah terkejutnya aku apabila mendapati dompet tertinggal dalam kereta pejabat di PJ.
Polis tanya: minta ic, lesen???
akupun jawab: Tips dia...bila berhadapan dengan polis.. jangan gambra buat muka slamba habis-habisan dan buat terkejut beruk dengan apa yang sedang berlaku...Oicehhh..alamak tuan dengan slambanya aku bagitau yang dompet tertinggal di pejabat...
polis tanya :Habistu macamana nak tahu indentiti encik ni???mana no Plate depan ni???no plate pulak takde...(Dalam hati aku tidur balai la jawabnya pagi ni)
aku jawab: La..ilahaillAllah, tuan masa dekat opis tadi ade lagi No plate. jatuhla ni...
Polis tanya: Macam-macam la kau ni...dari mana?kerja kat mana?
aku pun dengan sopan santunnya lemah lembutnya dan budi perkertinya menceritakan pada polis itu...
Salah seorang polis tak nak lepaskan aku sebab dia musykil dengan aku...ah sudah..abisla...
Tuhan maha berkuasa...aku terjumpa pas kerja dalam beg galas aku dan terus memberikan pada Polis itu dan dan aku dilepaskan setelah melihat kad indentiti kerja...
Alhamdulillah Syukur kerana aku tak tidur balai pagi tadi...Yahooo...
Berani kerana benar takut kerana salah...
No comments:
Post a Comment